Secara Keseluruhan Bandar_terancang_di_Jepun

Bandar Terancang yang merupakan sebuah bandar yang melakukan banyak fungsi-fungsi yang telah ditugaskan oleh Kerajaan Wilayah seperti dalam bidang pendidikan, kebajikan masyarakat, kebersihan, lessen perniagaan dan perancangan bandar. Kerajaan di bawah bandar terancang mempunyai peranan dalam beberapa hal-hal berkaitan fungsi pentadbiran di setiap kawasan, akan tetapi kerajaan di peringkat wilayah masih lagi masih lagi mempunyai kuasa yang lebih besar seperti dalam penetapan keputusan. Sebagai contoh, penjual ubat-ubatan dan klinik-klinik kecil dilesenkan oleh kerajaan dibawah bandar terancang, akan tetapi farmasi serta hospital dilesenkan dibawah kerajaan peringkat wilayah.

Bandar terancang juga dibahagikan kepada beberapa bahagian wad (区, Ku), dimana setiap wad mempunyai sebuah pejabat wad yang berperanan dalam menjalankan pelbagai fungsi pentadbiran bagi kerajaan bandar seperti koseki (pendaftaran kelahiran) dan juminhyo (alamat kawasan penempatan). Di beberapa buah bandar, pejabat wad bertanggungjawab dalam melesenkan perniagaan, permit pembinaan dan beberapa lagi perkara berkaitan pendtabiran. Struktur organisasi serta bidang kuasa dalam wad ditetntukan oleh ordinan perbandaran.

Bagi 23 wad istimewa di Tokyo, ianya bukanlah sebahagian daripada sistem ini, kerana disebabkan Tokyo adalah sebuah wilayah maka kesemua wad-wadnya adalah tidak bergantung kepada mana-mana pihak. Walaupun terdapat 2 wad di Tokyo, iaitu Setagaya dan Nerima mempunyai penduduk yang ramai untuk menjadi sebahagian daripada bandar terancang, akan tetapi ianya tidak boleh dikategorikan sebagai “bandar” kerana tiada dalam penetapan Undang-undang Autonomi Tempatan.

Bandar-bandar yang telah ditetapkan sebagai bandar terancang oleh ordinan kerajaan sebelum ini telah diturunkan statusnya dan kembali kepada yang asal.